fbpx

Port Dickson terkawal, nasihat pengunjung ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Pusat pelancongan Port Dickson yang menerima kehadiran ramai orang selepas kelonggaran diberikan bagi aktiviti sosial dan ekonomi di negeri ini yang berada di Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih lagi dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihak polis akan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh pengunjung.

“Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya dapat daripada polis Port Dickson dan PBT keadaaan masih terkawal.

“Bagaimanapun, nasihat masih perlu diberikan kepada pengunjung supaya tidak terlalu ghiarah, SOP kena jaga dan jangan terlalu bersesak-sesak serta penggunaan pelitup muka mesti dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada guru dan murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan Kampung Semarak, Rahang di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Jelas Mohamad, dalam keadaan sekarang pemantauan bersama pihak PBT akan diteruskan bagi mengekang penularan kes Covid-19 walaupun Negeri Sembilan sudah berada di Fasa 3 PPN.

“Kami akan bersama PBT untuk memantau, kita tidak mahu Negeri Sembilan kes sudah menurun tetapi nanti disebabkan pembukaan pusat-pusat pelancongan ini menerusi beberapa kelonggaran kepada aktiviti ekonomi dan sosial kes akan meningkat.

“Saya berharap supaya semua masyarakat sama-sama menjaga peraturan, SOP dan sebagainya bagi mengekang Covid-19,” katanya.

Pada majlis tersebut Mohamad turut menerima kad penghargaan kepada barisan hadapan yang disiapkan oleh murid-murid Tabika Perpaduan tersebut.

Sementara itu, guru Tabika Perpaduan Kampung Semarak, Rusni Shamsudin, 55, berkata, penyerahan kad penghargaan tersebut merupakan sebahagian program Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021.

“Kami diminta untuk membuat kad ucapan penghargaan kepada barisan hadapan dan pilih kepada mana-mana pasukan barisan hadapan yang kami mahu serahkan.

“Ada dalam kalangan 56 buah Tabika Perpaduan di daerah ini yang memilih menyerahkan kad ucapan kepada pasukan bomba, tentera dan petugas kesihatan dan kami memilih memberikannya kepada pasukan polis,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI