GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengambil tindakan menutup premis, taman rekreasi atau pantai popular di negeri ini sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pemantauan pihaknya pada hujung minggu lalu mendapati terdapat peningkatan jumlah orang ramai mengunjungi tempat-tempat pelancongan seperti kawasan pantai di Batu Ferringhi di sini.
“Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa Pulau Pinang belum keluar (bebas) daripada ancaman Covid-19. Kes positif di negeri ini masih mencatatkan empat angka setiap hari.
“Polis akan meneruskan pemantauan dan akan mengambil tindakan sepatutnya seperti menutup premis serta tempat pelancongan serta rekreasi awam sekiranya orang ramai ingkar SOP,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurut beliau, sebelum mengambil tindakan menutup premis, pihaknya akan menasihati orang ramai supaya bersurai sekiranya mereka berada di lokasi yang sesak dan padat. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929