fbpx

Polis Johor pantau lokasi berkelah, perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan di kawasan tumpuan awam bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dipatuhi ekoran beberapa kelonggaran baharu yang diberi kerajaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelaksanaan tindakan penguatkuasaan akan dibuat mengikut SOP sempena Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berkuat kuasa di negeri ini.

“Saya faham, orang ramai sememangnya ingin mengunjungi lokasi-lokasi perkelahan setelah sekian lama tidak dibenarkan, tetapi apa yang penting adalah kita perlu menjaga diri daripada terkena jangkitan Covid-19 yang boleh membawa maut.

“Walaupun kanak-kanak bawah 17 tahun dibenarkan dibawa oleh ibu bapa yang telah menerima suntikan dua dos vaksin, saya menyarankan sekiranya lokasi tersebut dilihat tidak sesuai untuk dikunjungi, boleh ditangguhkan sementara aktiviti perkelahan ini kerana risiko jangkitan lebih merbahaya kepada kanak-kanak dan juga bayi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Baru-baru ini, semakin ramai pihak dilihat mengunjungi tempat awam dengan tujuan untuk berkelah dan berkhemah selepas kerajaan membenarkan aktiviti berkenaan diadakan.

Tambahnya, walaupun aktiviti demikian dibenarkan namun pematuhan kepada SOP perlu dibuat antaranya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pendaftaran MySejahtera.

“Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama. Individu yang telah menerima vaksin lengkap adalah dibenarkan membawa anak-anak yang berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat,” ujar beliau. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI