fbpx

Piala Uber akan menjadi kejohanan terakhir Jin Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN WEI melahirkan rasa bersyukur kerana BAM tidak meletakkan sebarang syarat atau menuntut pampasan bagi membenarkannya bergerak secara profesional.

MALAYSIA bakal kehilangan sebutir lagi permata dalam sukan badminton apabila juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei akan bersara sebaik selesai menggalas cabaran pada saingan Piala Uber di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober depan.

Justeru, kejohanan dua tahun sekali itu akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa sebelum menamatkan karier badminton pada usia 21 tahun.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selepas dimaklumkan mengenai­nya sebelum ini.

Beliau menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat atas faktor kesihatan memandangkan Jin Wei pernah menjalani pembedahan usus pada 2019 selepas mengalami masalah sembelit kronik.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya beritahu kepadanya untuk buat pengumuman apabila sudah bersedia. Jika diikutkan, dia akan bersara sebaik saingan Piala Uber berakhir.

“Kami yang berada di BAM turut menerima keputusan yang telah dibuat kerana ia melibatkan faktor kesihatan. Selain itu, dia juga sudah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas ini,” kata Mohamad Norza.

Sebagai rekod, pemain dari Pulau Pinang itu dianggap sebagai prospek masa depan selepas memenangi kejuaraan remaja dunia sebanyak dua kali selain merangkul pingat emas Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina pada 2018.

Sementara itu, dia juga membantu kontinjen Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta pingat gangsa di Singapura selain pernah berada di ranking ke-31 dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI