fbpx

Pesawat terbesar dunia mirip ‘punggung terbang’ bawa penumpang menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Airlander 10 ini akan beroperasi penuh menjelang 2025. -SWNS

LONDON – Sebuah kapal udara yang merupakan pesawat terbesar di dunia dijadualkan mula membawa penumpang pada tahun 2025, lapor akhbar Daily Star semalam

Pesawat Airlander 10 itu juga diberi julukan  ‘punggung terbang ‘  kerana bentuknya dikatakan menyerupai punggung manusia.

Sejak prototaip Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan kembali beroperasi.

Namun, dalam kemas kini terbaharunya, syarikat pembuatan Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan bahawa pesawat Zeppelin moden itu sedang bersiap sedia untuk operasi penuh.

Pelan reka bentuk dalaman pesawat ini adalah jenis terbuka dan berbeza dengan pesawat konvensional lain. – SWNS

Syarikat tersebut menjangkakan mempunyai tiga buah pesawat itu yang sedia untuk terbang sebelum  2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbang  biasa.

Penumpang Airliner akan merasai pengalaman seperti berada di dalam sebuah restoran terbang.

Kabinnya  menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Airlander 10 tidak sesuai untuk mereka yang mengejar masa memandangkan ia hanya terbang pada kelajuan 128.7 kilometer sejam berbanding pesawat biasa yang terbang selaju 804 kilometer sejam.

Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri paling penting bagi bakal penumpang pesawat itu.

HAV berkata, salah satu perjalanan yang sedang dipertimbangkan adalah antara Liverpool ke Belfast yang jauh lebih pantas berbanding menaiki feri dan tidak begitu ketinggalan berbanding perjalanan menaiki penerbangan biasa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI