fbpx

Pembukaan 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1 wajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilihat wajar susulan keputusan penerimaan vaksin Covid-19 yang mencatatkan kadar tinggi ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewajaran pembukaan 11 sektor ekonomi itu turut diputuskan dengan mengambil kira data penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Untuk maklumat, sehingga September tahun ini sebanyak 74.7 peratus rakyat dewasa telah menerima dua dos vaksin manakala seramai 91.6 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Selain itu, sektor terbabit juga dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan mempunyai vaksinasi lengkap sahaja untuk berurus niaga serta mendapatkan perkhidmatan,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Salim Sharif (UMNO-Jempol) yang menanyakan kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1 PPN di kala kes harian baharu mencatatkan angka membimbangkan.

Ismail Sabri berkata, pekerja yang terlibat di dalam sektor terbabbit juga perlu mendapatan dua dos lengkap bagi membolehkan mereka bekerja di premis berkenaan.

“Langkah kurung rakyat tidak lagi sesuai malah dilihat mendatangkan implikasi termasuk kesihatan mental.

“Jadi, kita beri keutamaan buka sektor ekonomi untuk membantu cepatkan perkembangan ekonomi selain memberi ruang kepada rakyat baiki kehidupan,” katanya.

Ketika ini, dua negeri masih lagi berada di Fasa 1 PPN iaitu Kedah dan Johor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI