fbpx

King buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara berbahaya.

PETALING JAYA – Sebuah kereta Perodua Myvi nyaris menyebabkan kemalangan apabila dilihat memotong beberapa buah kenderaan lain secara berbahaya di laluan dua hala semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Nick Toh di laman Facebook miliknya, kelihatan sebuah Perodua Myvi dipandu secara berbahaya dan hampir melanggar kenderaan lain di laluan bertentangan.

Berdasarkan video berdurasi 22 saat itu, pemandu Perodua Myvi tersebut memandu secara melulu dan memotong beberapa buah kereta yang bergerak mengikut kelajuan sederhana.

Ketika kejadian, kereta Perodua Myvi tersebut memotong kenderaan lain walaupun terdapat sebuah kenderaan di laluan bertentangan dan hampir menyebabkan kemalangan.

Susulan perkongsian itu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.

“Budak-budak baru dapat kereta macam itulah jadinya, kalau dah kena langgar tadi tak pasal-pasal nyawa orang lain ‘hilang’,” kata Muhd Ajif.

“Kenapa ada pemandu-pemandu yang apabila bawa kereta tak fikir tentang (keselamatan) orang lain, kalau dalam kereta itu ada budak kecil macam mana?,” ujar Hafizah Azni.

“Saya pakai (pandu) Myvi, tak pasal-pasal nanti orang kecam kereta saya pula, memalukan betul ada pemilik kereta macam ini,” jelas Hasni Meon.

Tindakan pemanduan berbahaya yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi ini adalah salah satu punca kes kemalangan di Malaysia meningkat sejak-sejak akhir ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI