IPOH – Sebuah kilang pembuatan peralatan dapur di Hilir Perak berdepan tindakan undang-undang setelah didapati gagal menguruskan sisa buangan berjadual semasa pemeriksaan pada Jumaat lalu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, premis berkenaan telah diperiksa oleh sepasukan pegawai penguat kuasa JAS Cawangan Teluk Intan yang melakukan pemantauan.
Menurut kenyataan tersebut, JAS akan mengambil tindakan perundangan seperti kompaun dan notis arahan ke atas premis terbabit.
“Pemeriksaan mendapati premis gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
“JAS telah membuat sitaan di kawasan penyimpanan buangan terjadual yang gagal diuruskan itu manakala sampel buangan akan dibuat analisa di Jabatan Kimia Malaysia negeri Perak,” ujar kenyataan tersebut.
Sisa buangan terjadual memerlukan prosedur pengendalian serta pelupusan khas sebagaimana digariskan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929