PUTRAJAYA – Negara merekodkan jumlah kes positif Covid-19 melepasi 2 juta dengan 2,011,440 kes, susulan pertambahan sebanyak 15,669 kes harian yang melaporkan di bawah angka 16,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 1,266 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 689 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 18,053 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,764,579 kes.
“Daripada jumlah kes harian negara yang dilaporkan, 283 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 15,386 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, katanya, sebanyak 29 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 14 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929