fbpx

181 SOP dikurangkan jadi 10 sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk mengurangkan sejumlah 181 prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada 10 SOP.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan bagi mempersiapkan negara untuk beralih ke fasa endemik penghujung bulan Oktober nanti.

“Kita akan kurangkan SOP sedia ada, target kita untuk kurangkan hanya kepada 10 SOP. Beri saya sedikit masa, tapi saya rasa ia akan memudahkan orang ramai faham SOP tersebut.

“Seterusnya, beberapa kelonggaran-kelonggaran telah dibincangkan dan dipersetujui serta dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan kelonggaran itu dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 oleh bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI