PARIT BUNTAR – Penduduk di Kampung Nibong Hangus Kuala Kurau dekat sini gempar dan cemas dengan kehadiran seekor buaya yang memasuki kawasan kampung mereka hari ini.
Kehadiran reptilia itu sempat dirakam penduduk kampung yang menyedari haiwan itu berada di tepi terusan air kampung tersebut.
Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak ketika dihubungi memaklumkan telah menghantar pasukan ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan dari penduduk.
Menurut jurucakap itu, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kehadiran reptilia itu dan usaha menjejaki haiwan itu tidak berjaya.
“Berkemungkinan reptilia itu telah kembali semula ke Sungai Kurau.
“Hujan lebat pada awal pagi semalam menyebabkan paras air sungai naik dipercayai menjadi punca reptilia itu naik ke terusan kampung berkenaan,” kata jurucakap tersebut. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929