fbpx

Ini video khas untuk selalu yang menghina aku – Lana Nodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Lana dalam Instagram memaparkan dirinya selamat pulang ke negara suaminya, Amerika Syarikat.

PETALING JAYA – Rentetan sering dihina dan dituduh sebagai antivaksin, pelakon Lana Nodin seakan-akan memulangkan paku buah keras kepada pihak terbabit apabila selamat tiba di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Lana berkata, video tersebut didedikasikan kepada sesiapa yang selalu membuat spekulasi terhadap dirinya.

Video tersebut memaparkan Lana sekeluarga berlepas pulang ke AS iaitu negara asal suaminya, David McKienzie.

“Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yang saya buat.

“Ada yang kata oh dia tak lepas airport (lapangan terbang) apa lagi berjaya ke nak balik AS. Di AS sana lagi teruk semua tak boleh, dine in (makan di kedai) ke, riadah ke masuk mall (pusat beli belah) ke atau masjid.

“Okey selama ni aku diam sebab orang kat portal ramai yang mengutuk, menghina bahkan ada yang lebih tahu pasal US dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri.

“Okey ini video khas untuk korang, jangan DM (mesej) aku tanya itu ini, tengok dan nilai sendiri. Kau orang yang dalam Facebook dan portal yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik AS siap halau aku dari negara aku sendiri, okey ni aku balik,” tulisnya panjang lebar pada ruangan kapsyen.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, selama ini dia dan rakannya yang juga pelakon Rita Rudaini sekadar berkongsi informasi yang benar kerana banyak perkara dirasakan tidak telus.

“Bila aku dengan @ritrud727 kongsi info kami dilabel berbagai nama, padahal kami beri tahu apa yang benar.

“Sekarang aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul. Dari aku mohon surat, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang dan bertolak ke lapangan terbang sampailah ke AS, alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan.

“Tiada sebarang diskriminasi atau tiada sebarang kabel, ini semua kabel Allah,” katanya lagi.

Pada hantaran berbeza, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, turut berkongsi InstaStory sedang menjamu selera di sebuah restoran terletak di Miami dan melakukan aktiviti mandi-manda bersama keluarga sekali gus mengundang pelbagai spekulasi pengikut lebih-lebih lagi dia yang masih belum mendapatkan sebarang suntikan vaksin.

“Tak boleh makan di Kuala Lumpur, Sis (saya) makan dekat Miami. Jemput makan.

“Okey hari itu anak-anak aku nak mandi di sungai Kemensah tak boleh, sekarang aku bagi dia mandi puas-puas. Akak yang kat sana hari tu, ni saya bagi tahu di sini kami boleh mandi puas-puas,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia menjadi buah mulut netizen apabila mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, Ogos lalu.

Dia turut dituduh sebagai antivaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid-19.

Lana turut menegaskan dia bukan golongan antivaksin seperti yang dilabel dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi di AS.

Untuk rekod, Lana dan keluarganya berlepas ke AS Sabtu lalu dan bakal pulang ke Malaysia selepas semua urusan keluarga sebelah suaminya selesai kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI