fbpx

Gua Neon pertama di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gua Chiku 2 kini berwajah baharu apabila dipasang dengan ratusan lampu neon.

GUA MUSANG – Gua Chiku 2 yang sebelum ini terbiar dengan semak-samun kini berwajah baharu selepas penambahbaikan infrastruktur dilakukan di kawasan tersebut.

Bakal membuka pintu pelancongan berskala besar kepada pengunjung dalam masa terdekat, Gua Chiku 2 dilihat dapat memberi nafas baharu selepas industri pelancongan negeri ini yang mengalami kerugian sebanyak RM2.6 billion akibat penularan Covid-19.

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Chiku 2, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Gua Chiku 2 kini diterangi dengan ratusan lampu neon yang bukan sahaja berpotensi sebagai kawasan pelancongan tetapi juga memberi sumber ekonomi kepada penduduk tempatan.

Katanya, gua yang mendapat pengiktirafan sebagai Gua Neon pertama di Kelantan oleh Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan menjadi destinasi terbaharu produk pelancongan di negeri ini.

“Gua ini terpaksa ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan ahli KAF Chiku 2 secara sukarela mengadakan gotong-royong bagi memastikan kebersihan dijaga.

“Kami giat melaksanakan kemudahan yang diperlukan di gua batu kapur ini dengan perbelanjaan melebihi RM100,000 sejak Oktober tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Gua Chiku 2, Felda Chiku 2 di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI