fbpx

[VIDEO] Gerun tengok kakak pejabat Pos mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada rakaman tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia dipercayai di Klang tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 14 saat yang dikongsi di Facebook Anak Felda itu turut memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal bagi memasuki premis tersebut untuk urusan memperbaharui pasport.

Lebih menarik perhatian adalah kelihatan seorang kakitangan wanita meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

Berita berkaitan: Pejabat pos tular gara-gara warga Bangladesh ambil pasport

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai menyokong tindakan tegas kakitangan tersebut.

“Aku respek (hormat) kakak ni. Suara dia memang semua gerun termasuk aku terbaik la kak” kata Zizan.

“Kalau aku dah halau balik dah SOP kelaut. Rakyat Malaysia patuh SOP mereka sedap berpelukan,” kata Mohd. Hafiz.

“Jangan marah kak. Nanti akak pula kena marah dengan mereka yang berjiwa sabar tu. Hari tu abang rela dah kena dah sumpah seranah dengan natizen acah sabar tu. Hahaha,” kata John.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 49,000 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI