fbpx

Dua pasar di George Town ditutup susulan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Chowrasta di pusat bandar raya George Town ditutup bermula hari ini.

GEORGE TOWN – Dua pasar awam di pusat bandar iaitu Pasar Lebuh Cecil dan Pasar Chowrasta di sini diarahkan ditutup susulan terdapat kes Covid-19 yang dilaporkan dalam kalangan peniaga dan pekerja.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan Pasar Lebuh Cecil melibatkan 182 gerai di bahagian keluaran pasar.

“Bagi Pasar Chowrasta pula, penutupan melibatkan 157 gerai aktif, 56 gerai di kompleks makanan serta 62 penjaja sementara di luar premis.

“Terdapat lapan kes Covid-19 positif di Pasar Lebuh Cecil dan 14 kes Covid-19 positif di Pasar Chowrasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI