fbpx

Calon pilihan raya guna taktik pelanduk dua serupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kempen undi yang diedarkan di seluruh bandar Saint Petersburg menunjukkan ketiga-tiga calon mempunyai nama dan wajah yang sama. – Oddity Central

SAINT PETERSBURG, RUSIA – Seorang calon parti pembangkang yang bertanding untuk kerusi dewan bandar raya Saint Petersburg berdepan dua calon parti lawan yang bukan sahaja menukar nama supaya  sama dengan namanya, bahkan turut menggunakan wajahnya untuk mengelirukan pengundi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ahli-ahli politik di Rusia kerap menggunakan taktik menukar nama keluarga supaya sama dengan nama keluarga calon pihak lawan.

Bagaimanapun, bagi Boris Vishnevsky, beliau perlu berdepan  dua calon lain yang turut menukar nama mereka kepada Boris Vishnevsky dan menggunakan wajahnya dalam poster kempen mengundi.

Ini bermaksud terdapat wajah tiga lelaki yang sama diletakkan dalam poster kempen yang diedarkan di seluruh bandar tersebut.

Selain itu, nama asal kedua-dua calon tersebut ialah Viktor Bykov dan Alexei Shmelev.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Semua ini dilakukan untuk mengelirukan pengundi agar mereka tersilap mengundi Vishnevsky yang palsu,” kata Vishnevsky sebenar.

Kedua-dua Vishnevsky palsu itu dilaporkan turut mengubah penampilan mereka untuk disesuaikan dengan penampilan Vishnevsky asal.

Meskipun tidak dinyatakan sama ada mereka turut menggunakan perisian suntingan digital, kedua-duanya turut mempunyai ciri fizikal yang sama iaitu hampir botak, beruban serta memiliki janggut yang sama.

Satu-satunya cara untuk mengesan Vishnevsky sebenar adalah tali leher yang dipakainya.

Sementara itu, Vishnevsky menyifatkan tindakan pihak lawannya itu sebagai ‘penipuan politik’.

Bagaimanapun, menurut undang-undang Rusia, seseorang calon politik dibenarkan menukar nama mereka sama dengan nama calon pihak lawan beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Menurut laporan media tempatan, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia menyelar tindakan kedua-dua Vishnevsky palsu tersebut, namun menegaskan bahawa mereka tidak akan dikeluarkan daripada  senarai pencalonan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN