fbpx

Bawa paus bonceng motosikal untuk dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tersebut mendakwa tidak mengetahu bahawa ikan paus itu adalah dari spesies yang dilindungi. – Antara

JAKARTA – Dua lelaki di wilayah Nusa Tenggara Barat yang tular kerana membawa seekor  paus menggunakan motosikal mengaku bahawa  mereka menyangka haiwan itu dolfin dan membawanya  pulang untuk dimakan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Mereka memberitahu tidak mengetahui bahawa ikan itu sebenarnya paus daripada spesies Peponocephala electra yang dilindungi undang-undang Indonesia.

Menurut Pengelola Ekosistem Laut dan Pesisir BPSPL Denpasar, Wilayah Kerja Nusa Tenggara Barat, Barmawi, pihaknya  bekerjasama dengan Pangkalan Pemantauan Sumber Laut dan Perikanan (PSDKP) Benoa, Bali, selaku badan yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

“Kami sudah melaporkan kepada PSDKP Benoa tentang tindakan selanjutnya yang akan mereka lakukan,” katanya.

Selain itu, Barmawi berkata, dia telah menghubungi dua lelaki dalam  video yang tular tersebut dan memberitahu mereka bahawa ia adalah sejenis paus yang dilindungi.

“Berdasarkan pengakuan, mereka tidak tahu bahawa ikan itu dilindungi sehingga ia dibawa pulang dan dimakan,” katanya.

Tambahnya, dia juga memberitahu mereka bahawa tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Saya menjelaskan kepada mereka bahawa semua jenis paus dan lumba-lumba adalah dilindungi oleh undang-undang.

“Jadi, mereka telah diminta agar tidak mengulangi lagi perbuatan itu,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI