fbpx

413 kematian Covid-19 termasuk kes tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 413 kes kematian Covid-19 dan kematian tertunggak atau ‘backlog’ dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam semalam, demikian laporan laman web CovidNow hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, sebanyak 104 kes kematian sebenar dicatatkan sekali gus meningkat berbanding kes kematian kelmarin yang merekodkan 99 kes.

Daripada jumlah 413 kes tersebut, Selangor (111 kes), Kedah (54 kes), Johor (52 kes), Sabah (39 kes), Kelantan (36 kes), Pulau Pinang (33 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Pahang (15 kes), Melaka dan Perak (masing-masing 13 kes), Kuala Lumpur (lapan kes) serta Terengganu dan Sarawak (masing-masing lima kes).

“Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Putrajaya dan Labuan. Ini menjadikan jumlah kes kematian terkini Covid-19 mencecah 21,124 kes.

“Selain itu, sebanyak 176 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan semalam,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 228,124 kes aktif dicatatkan terdiri daripada 188,563 kes dikuarantin di rumah, 25,350 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 12,910 kes di hospital, 614 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 687 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, sebanyak 16,073 kes termasuk 21 kes import dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 terkini sebanyak 1,995,771 kes manakala, terdapat 24,813 kes sembuh. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI