fbpx

20,000 penduduk Terengganu menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassan sewaktu menjawab soalan lisan pada Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 20,000 penduduk Terengganu atau 4.2 peratus daripada tenaga kerja di negeri itu tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur berdasarkan statistik sehingga bulan Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Terengganu, Tengku Hassan Tengku Omar berkata, ia peningkatan 0.5 peratus berbanding 3.7 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau memberitahu kadar pengangguran di Terengganu pada tahun 2020 pula ialah 4.1 peratus atau melibatkan 19,800 tenaga kerja.

“Kebanyakan mereka masih tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada juga mereka yang dahulunya berada dalam kategori M40 (kumpulan pertengahan) bertukar status kepada B40 (kurang berkemampuan) akibat kehilangan pekerjaan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Tengku Hassan berkata, seramai 78 peratus daripada golongan penganggur di Terengganu tersebut terdiri daripada belia yang berusia di bawah 40 tahun.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang itu memberitahu, kerajaan negeri Terengganu telah menubuhkan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) bagi menangani isu pengangguran tersebut.

“Seramai 3,487 individu terlibat telah mendapatkan pekerjaan menerusi inisiatif tersebut pada tahun 2020 manakala bagi tahun ini pula, 4,811 individu telah menerima manfaat sehingga bulan Julai lalu,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI