fbpx

Zarina Anjoulie didakwa kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SEREMBAN – Selebriti sensasi tanah air yang mempunyi pengaruh di media sosial Instagram, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu.

Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, Zarina yang hadir ke mahkamah memakai hijab dan jubah bewarna merah jambu didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, mahkamah membenarkan Zarina yang diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar diikat jamin sebanyak RM2,000 dan kes akan disebut semula 24 September depan.

Pada 29 Jun lalu, Kosmo! melaporkan seorang selebriti tanah air ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI