fbpx

Wisma Putra pandang serius ancaman pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan Malaysia di Tokyo diarahkan berkomunikasi rapat dengan Kementerian Luar Jepun berhubung isu ancaman pengganas Asia Tenggara. – Ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menyifatkan isu nasihat keselamatan yang dikeluarkan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur sebagai sesuatu yang amat serius.

Justeru, Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, kerajaan negara ini akan terus memantapkan lagi tahap keselamatan dengan turut berkongsi maklumat perisikan bersama pelbagai agensi asing.

“Wisma Putra telah berkongsi ini dengan pelbagai agensi berkaitan serta mengarahkan Kedutaan Malaysia di Tokyo supaya berkomunikasi rapat dengan Kementerian Luar Jepun untuk sebarang perkembangan mutakhir.

“Agensi keselamatan negara kita khususnya pihak Polis Diraja Malaysia malahan sedang menilai segala situasi semasa dengan amat teliti,” katanya di sini hari ini.

Ia mengulas nota amaran perjalanan diterbitkan kedutaan itu yang memaklumkan bahawa Malaysia termasuk dalam senarai kemungkinan ancaman pengganas di rantau Asia Tenggara.

Misi diplomatik itu di ibu negara merujuk arahan dari Kementerian Luar Jepun di Tokyo untuk semua rakyatnya termasuk berada di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Myanmar.

Jurucakap kedutaan tersebut yang dipetik agensi berita rasmi Bernama menyatakan bahawa terdapat 31,000 warganegaranya menetap di Malaysia sama ada bertugas ataupun belajar.

Amaran berkenaan dikeluarkan hasil laporan Naicho, iaitu agensi perisikan luar negara Jepun di bawah Sekretariat Kabinet dan ia menghantar laporan terus kepada Perdana Menterinya.

Rakyat Jepun diminta menjauhi kawasan berisiko seperti bangunan milik kepentingan Barat dan dipercayai ada kaitan isu ulang tahun ke-20 peristiwa 11 September di Amerika Syarikat. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI