BATU PAHAT- Seorang wanita maut dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Kilometer 6 Jalan Kluang-Batu Pahat di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ang Hui Yin, 46, yang merupakan pejalan kaki sedang melintas dari arah kanan ke kiri.
“Bagaimanapun, ketika berada di tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berusia 53 dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Parit Raja ke Batu Pahat gagal mengelak menyebabkan mangsa dirempuh dan cedera parah sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.
“Manakala anggota berkenaan pula turut mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, semasa kemalangan, cuaca hujan renyai-renyai dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929