fbpx

Tindakan pantas bomba berjaya elak kebakaran merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman di bahagian bumbung pangsapuri berkenaan selepas salah sebuah bilik di unit kediaman di tingkat 10 bangunan itu dijilat api. Foto IHSAN BOMBA SELANGOR

PETALING JAYA – Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengawal api yang sedang marak berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak dalam satu kejadian di Pangsapuri Teratai, Jalan Panglima Bandar Mahkota Cheras hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai 18 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta BBP Kajang telah dikejarkan ke lokasi bagi membantu melakukan pemadaman.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 8.02 malam, anggota bertugas mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman di tingkat 10 pangsapuri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik dan bumbung di unit berkenaan yang mengakibatkan kemusnahan dianggarkan sebanyak 15 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.18 malam serta kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI