fbpx

Ribut petir di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri dan akan berlarutan sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, ancaman itu melibatkan seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan, manakala satu kawasan di Kedah di Padang Terap.

“Di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Bachok manakala di Sarawak pula kawasan yang terkesan ialah Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang.

“Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu),” katanya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI