fbpx

Raducanu rangkul Grand Slam pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mencium trofi Terbuka AS yang merupakan gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya. – AFP

NEW YORK – Kejutan demi kejutan berjaya dicipta pemain remaja sensasi berusia 18 tahun dari Great Britain, Emma Raducanu dalam penampilan pertamanya pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) musim ini.

Lebih manis, Raducanu menamatkan ‘kisah dongengnya’ dalam kejohanan itu dengan kejayaan membanggakan apabila ditabalkan sebagai juara baharu Terbuka AS sekali gus meraih gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.

Ia hadir selepas Raducanu menewaskan seorang lagi bintang muda berusia 19 tahun dari Kanada, Leylah Annie Fernandez dengan kemenangan straight-set 6-4, 6-3 pada final di Stadium Arthur Ashe awal pagi semalam.

“Kejayaan ini sangat bermakna dan saya tidak mahu melepaskan trofi kemenangan ini. Sebelum memulakan aksi final, saya sangat berdebar kerana ini adalah final pertama saya dalam gelanggang berprestij seperti Terbuka AS.

“Saya bekerja keras pada set pertama dan mengekalkan momentum sama dalam set berikutnya. Saya anggap faktor itu sebagai kunci kejayaan saya hari ini (awal pagi semalam).

“Saya akui Leylah bermain dengan baik dan memberikan tentangan sengit kepada saya dalam dua set ini. Namun, pe­rancangan saya berjalan lancar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan sepanjang aksi final ini,” katanya.

Raducanu kini mencipta sejarah baharu apabila muncul pemain pertama daripada peringkat kelayakan merangkul gelaran gelaran Grand Slam sejak Virginia Wade memenangi Terbuka Wimbledon pada 1977.

Dalam masa sama, Raducanu turut diangkat sebagai pemain wanita Great Britain pertama selepas 44 tahun memenangi Grand Slam sejak dilakukan oleh Wade pada 1968.

Pemain ranking ke-150 dunia itu kini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$2.5 juta (RM10.3 juta).

Sebagai rekod, Raducanu masih belum mencatat sebarang set kekalahan dalam 10 perlawanannya termasuk pusingan kelayakan Terbuka AS.

Ini juga adalah kali pertama final Terbuka AS yang menemukan dua pemain remaja sejak Serena Williams menewaskan Martina Hingis pada 1999. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN