IPOH – Seramai 105 pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima sumbangan bagi meringankan beban selain sebagai tanda prihatin kepada golongan tersebut.
Kebanyakan mereka terdiri daripada pesara berpendapatan rendah menerusi sumbangan yang disalurkan oleh Persatuan Pesara MBI (Permai).
Pengerusi Permai, Datuk Rafiai Moktar berkata, situasi pandemik turut dirasai golongan pesara termasuk mereka yang sebelumnya ada melakukan pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan.
“Sejak negara dilanda wabak Covid-19, rakyat terjejas daripada segi ekonomi, pekerjaan, pendapatan, pergerakan rentas daerah dan negeri.
“Tidak terkecuali pesara MBI khususnya terutama kelompok B40 dan ke bawah amat terkesan dari segi ekonomi mereka, jadi Permai mengambil inisiatif mengenalpasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan RM100 kepada lima pesara MBI sebagai simbolik penyerahan di pejabat persatuan itu di Greentown Square di sini hari ini.
Pada tahun lalu Permai turut mengagihkan bantuan berupa kotak makanan kepada kira-kira 180 ahlinya bagi meringankan beban masing-masing. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929