fbpx

Pesakit dakwa dipaksa masuk ICU sebenarnya kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘diculik’ dan ‘dipaksa’ berada di ICU HPP di George Town di media sosial semalam.

GEORGE TOWN – Seorang pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya ‘diculik’ dan ‘dipaksa’ berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini disahkan masih menjalani rawatan di ICU memandangkan keadaannya yang kritikal dan berisiko menyebarkan virus itu sekiranya dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit itu telah dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

“Pemeriksaan awal menunjukkan pesakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

“Keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah hanya boleh distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang pesakit Covid-19 di ICU HPP yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di wad ICU hospital berkenaan walaupun keadaan kesihatannya stabil.

Tambah beliau, pegawai perubatan pakar perubatan rapi dan ICU telah memaklumkan kepada pesakit serta ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit yang berada pada tahap kritikal.

“Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya sekiranya dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

“Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU walaupun dia enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaannya yang kritikal.

Dalam pada itu, katanya, pihak HPP juga menafikan bahawa pesakit tidak diberi makanan ketika berada di ICU kerana pihaknya memberikan makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI