fbpx

Nazirul sudah ‘gian’ mahu pulas throttle motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIRUL (kiri) yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor sudah tidak sabar untuk bersaing pada perlumbaan Cub Prix selepas hampir lima bulan ditangguhkan akibat Covid-19.

PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Bahauddin mengakui tidak sabar untuk kembali berentap menjelang pusingan ketiga dan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia minggu depan.

Nazirul yang beraksi dalam saingan CP150 mengakui sangat teruja selepas perlumbaan Cub Prix disambung semula setelah hampir lima bulan ditangguhkan berikutan kes pandemik Co­vid-19 yang melanda Malaysia.

Begitupun, pelumba berusia 21 tahun itu bertekad untuk te­rus menghadiahkan kemena­ngan buat pasukannya menjelang dua perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 18 dan 19 September nanti.

“Saya akui memang tidak sabar untuk pulas throttle minyak kerana hampir lima bulan tiada perlumbaan Cub Prix. Saya amat gembira kerana perlumbaan kembali berlangsung dan teruja dapat kembali bersama pasukan menjelang perlumbaan sebenar nanti.

“Apa pun, cabaran pasti ada kerana kami perlu berdepan dua perlumbaan berturut-turut di Sepang. Bukan satu tugas yang mudah dan pelumba perlu mempunyai stamina yang cukup kuat.

“Saya yakin mampu melakukannya kerana pada 2019, saya pernah berdepan jadual seperti ini apabila perlu bersaing tiga perlumbaan iaitu CEV, ARRC dan Cub Prix,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Nazirul yang meraih kemenangan pertama bersama pasukannya pada pu­singan kedua di Sepang bertekad untuk menaiki podium sekali lagi.

“Saya harap mampu mengekalkan aksi terbaik di Sepang sekali gus menjulang kemenangan pada perlumbaan pusingan ketiga nanti.

“Saya perlu berwaspada kerana ketika ini saya hanya dipisahkan satu mata dengan pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Muzakkir Mohamed. Justeru, podium adalah sasaran saya ­minggu depan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI