PENYANYI rap terkenal 50 Cent dikecam kerana mengambil kesempatan atas kematian pelakon, Michael K. Williams untuk mempromosikan sebuah siri berjudul Power Book III: Raising Kanan yang menampilkannya sebagai pelakon.
Menurut laporan Ace Showbiz, penyanyi yang popular menerusi lagu In Da Club itu telah berkongsi beberapa tangkap layar tentang berita kematian pelakon tersebut dengan menulis kapsyen yang dianggap tidak sewajarnya.
“Rugi kalau anda tidak menonton Power Book III: Raising Kanan,” tulisnya.
Bahkan, penyanyi itu turut menulis kapsyen dengan memberitahu punca kematian Michael K. Williams adalah disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.
Penyanyi dengan nama sebenar Curtis James Jackson III itu kemudian telah mengubah status kapsyennya, namun sudah terlambat kerana dia terlebih dahulu mencetuskan ketidakselesaan ramai sehingga mengundang kecaman hebat.
“50 Cent sangat jahat dan menjijikkan,” ujar seorang pengguna dalam Twitter.