fbpx

Lelaki dakwa ‘dipaksa’ tinggal di wad ICU Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dakwaan seorang lelaki ditahan di wad ICU HPP di George Town tular di media sosial sejak semalam.

GEORGE TOWN – Media sosial terutama Facebook kecoh dengan rakaman audio membabitkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) yang mendakwa diculik dan dipaksa berada di ICU oleh kakitangan hospital berkenaan.

Menerusi rakaman audio yang tular sejak semalam itu, pesakit berkenaan mendakwa dirinya masih sihat namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan.

Dengan menggunakan tanda pagar, #BebaskanAffendy, individu yang mendakwa mengenali pesakit berkenaan mahu doktor bertugas segera ‘membebaskan’ pesakit itu.

Pesakit juga mendakwa dia bernafas dengan baik sebelum dipaksa menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan.

Malah pesakit juga mendakwa, dia yang dirawat di HPP sejak minggu lalu hanya datang untuk membuat saringan Covid-19 sebelum ‘diangkut’ untuk dirawat di dalam wad pesakit Covid-19.

Menerusi rakaman audio berkenaan, pesakit juga mendakwa rakannya turut berdepan masalah yang sama apabila ditahan di ICU selepas datang ke HPP untuk membuat saringan Covid-19.

Dalam pada itu, Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian ketika dihubungi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI