KAGUM rasanya tatkala melihat jari-jemari Zabli Ab. Hadi yang ligat memusingkan ratusan kiub rubik di dalam sebuah kotak, sebelum disusun di atas sebuah bingkai potret. Ternyata pemuda berusia 35 tahun itu bertuah kerana dikurniakan bakat semula jadi apabila berjaya menghasilkan sebuah potret dengan hanya menggunakan kiub rubik. Bagi sesetengah individu, mahu menyelesaikan satu kiub rubik sahaja pun amat mencabar, sehingga ada yang mengambil masa hampir berbulan-bulan, inikan pula mahu menyiapkan sebuah potret menggunakan permainan yang mula popular sekitar tahun 1970-an…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya