fbpx

Kakitangan PKD nafi terima suapan guna syarikat adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Hanif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

MELAKA – Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menerima suapan melalui kerja pembekalan berjumlah lebih RM31,000 menerusi syarikat adiknya, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ab. Hanif Ab. Hamid, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan terlibat dalam permohonan pembekalan kepada Perniagaan Thronez Enterprise milik adiknya.

Ia melibatkan sembilan kerja pembekalan keperluan bagi Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Melaka termasuk peralatan tandas, cat, racun, mesin rumput dan skru bernilai keseluruhan RM31,099.50.

Tindakan itu dilakukan tertuduh di Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Pejabat PKD Jasin antara 4 Julai sehingga 2018 November 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa SPRM Melaka, Nur Syakila Yaacob mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM5,000 bagi kesemua pertuduhan.

Beliau turut mencadangkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM.

Tertuduh yang diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin hanya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Selepas mendengar rayuan keduan pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri dua bulan sekali di pejabat SPRM. Beliau menetapkan tarikh 20 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI