fbpx

Gagal selesai, kes saman fitnah Eizlan, Hans dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eizlan dan Hans Isaac

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap bekas Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac gagal menemui jalan penyelesaian selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan kes saman itu untuk dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Shaharudin Ali daripada Tetuan Shaharudin Azfarazmi & Co. yang mewakili Eizlan ketika dihubungi di sini hari ini selepas pengurusan kes itu secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ong Yen Li.

“Berikutan itu, mahkamah mengarahkan pihak plaintif dan defendan memfailkan dokumen pra perbicaraan pada atau sebelum 18 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya melalui Zoom di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar bagi arahan lanjut mengenai perbicaraan kes.

Dalam prosiding hari ini peguam Isa Ali Ibrahim mewakili Hans Isaac.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini (13 Ogos) kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai penyelesaian kes sama ada diselesaikan secara mediasi atau apa sahaja penyelesaian sekiranya ada, pada tarikh pengurusan kes yang datang.

Sebelum ini pada 16 Jun lalu,  mahkamah mencadangkan kes saman fitnah itu dirujuk ke Pusat Mediasi untuk penyelesaian.

Mahkamah mencadangkan agar kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, atau apa-apa cara penyelesaian sekiranya sesuai dan dipersetujui oleh mereka.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof, 50, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 8 Februari lalu dengan menamakan Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 50 sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Eizlan mendakwa kenyataan fitnah Hans Isaac membawa maksud antaranya, plaintif memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas dengan mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana untuk syarikat Excellent Pictures, sedangkan plaintif tiada kena mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI