SEPANG – Empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian tetak hingga menyebabkan kematian seorang penganggur di Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tahanan reman ke atas kesemua suspek itu bagi membolehkan siasatan dilakukan pihaknya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Reman keempat-empat suspek selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 September depan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menahan empat lelaki disyaki terbabit dalam kejadian tetak sehinggakan menyebabkan seorang lelaki maut di Taman Pantai Sepang Putra malam kelmarin. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929