fbpx

Britney Spears, Sam Asghari akhirnya bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY dan Sam mengikat tali pertunangan selepas lebih empat tahun bercinta.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal, Britney Spears mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Sam Asghari selepas lebih empat tahun bercinta.

Pengumuman tersebut dibuat Britney menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya kira-kira enam jam lepas.

“Saya masih tidak percaya,” tulis Britney ringkas pada ruangan kapsyen video tersebut.

Dalam pada itu pengurus kepada Asghari, Brandon Cohen mengesahkan berita gembira tersebut kepada portal People.

“Pasangan itu merasmikan hubungan mereka pada hari ini dan sangat tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan orang ramai terhadap mereka,” kata Cohen.

Cohen turut memberitahu, cincin tunang Britney direka oleh pereka barang kemas, N.Y.C , Roman Malayev.

Britney, 39, dan Asghari, 27, yang merupakan seorang pelakon dan jurulatih kecergasan mula bercinta selepas bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016.

Britney sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007.

Terdahulu, Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angelas, Amerika Syarikat apabila mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupannya dikawal seperti hamba oleh bapanya sendiri.

Bapanya, Jamie Spears diberi hak penjagaan oleh mahkamah untuk menguruskan kehidupan dan aset penyanyi itu yang dianggarkan menilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu selepas Britney disahkan mempunyai masalah mental.

Dedah Britney, bapa dan pihak pengurusannya menghalang rancangannya dan Asghari untuk berkahwin serta memiliki anak apabila memaksanya memasang alat pencegahan kehamilan.

Bapa penyanyi itu bagaimanapun telah melepaskan hak sebagai penjaga terhadap kehidupan peribadi Britney pada 2019 disebabkan masalah kesihatannya, namun masih menjadi penjaga yang sah untuk urusan karier seninya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI