fbpx

Bilik guru SK Sungai Nibong dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran di bilik guru SK Sungai Nibong di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal dan memadamkam kebakaran di sebuah bilik guru di tingkat satu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nibong di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa membabitkan kumpulan kakitangan di sekolah terbabit.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Roozaide Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.53 tengah hari dan tiba kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, operasi pemadaman api turut melibatkan bantuan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian kita dapati kebakaran melibatkan sebuah bilik guru di tingkat satu bangunan sekolah (Kelas A).

“Semasa kejadian, dilaporkan terdapat enam guru berada di dalam bilik berlainan di bangunan itu dan mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri,” katanya hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba dan operasi pemadaman turut mendapat kerjasama daripada pasukan bomba sukarela berhampiran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI