fbpx

Aura Ronaldo ‘pukau’ Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (depan) meledak dua gol buat United untuk menewaskan Newcastle 4-1 di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mencipta fenomena tersendiri apabila meledak dua gol selepas kembali menyarung jersi gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ketika menewaskan Newcastle United 4-1 kelmarin.

Dua gol pada minit ke-45 dan 62 di Stadium Old Trafford itu menyaksikan kepulangan yang cukup sempurna daripada Ro­naldo selepas 12 tahun meninggalkan The Red Devils sejak menyertai kelab tersebut dari 2003 hingga 2009.

Ronaldo, 36, mengakui, gementar dan merasai perasaan sama seperti kali pertama membuat debut dengan United pada 18 tahun lalu meskipun sudah menjuarai pelbagai koleksi kejuaraan dalam kariernya.

“Saya anggap perasaan itu normal setiap kali memulakan perlawanan bersama pasukan baharu. Namun, saya langsung tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa terjadi.

“Saya terharu dengan sambutan ini, malah penyokong me­nyanyikan nama saya sepanjang perlawanan. Ia membuatkan saya berdebar dan gemuruh.

“Sebenarnya, saya mahu menjaringkan satu gol tetapi tidak jangka dapat dua (gol). Saya tidak menafikan saya gembira apabila menjaringkan gol tetapi kemenangan pasukan lebih penting,” kata Ronaldo.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer adalah individu paling gembira dengan kecemerlangan kapten Portugal itu sekali gus melengkapkan pasukannya untuk memburu kejuaraan utama musim ini.

Sebagai rekod, dua lagi gol United dalam perlawanan itu diperoleh menerusi percubaan cantik daripada Bruno Fernan­des dan Jesse Lingard pada minit ke-80 serta 92. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI