fbpx

Anak kedua patah tangan, Kim Kardashian tak okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK kedua Kim, Saint West (kiri) mengalami patah tangan di beberapa bahagian.

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian berkongsi kedukaan apabila anak keduanya, Saint West mengalami patah tangan baru-baru ini.

Kardashian dilihat meluahkan rasa sebak menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Siapa yang lebih sedih hari ini? Anak saya patah tangan di beberapa bahagian dan saya tidak okey,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Kardashian berkongsi keadaan Saint West yang sedang duduk di atas kerusi roda dengan satu pek ais diletakkan di atas tangannya.

Bagaimanapun, selebriti yang mencipta nama menerusi rancangan realiti Keeping Up With the Kardashians itu tidak memaklumkan secara terperinci tentang kejadian malang yang menimpa kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Selain Saint, Kardashian juga mempunyai tiga lagi anak iaitu North West, 8, Chicago West, 3, and Psalm West, 2, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi rap, Kanye West.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI