fbpx

Ada syarikat berminat dengan Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Noh

IPOH – Jika segalanya berjalan lancar, Perak FC akan ada pemilik untuk menghadapi Liga M tahun 2022.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar (GM), Perak FC, Azman Noh sebentar tadi.

“Nama syarikat itu ialah Kopa Arena yang menunjuk minat untuk membeli saham Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bagi pembentukan team pada tahun hadapan,” katanya.

Menurut Azman, syarikat ini terlibat dalam industri bola sepak dan mempunyai lima gelanggang sintetik di USM Pulau Pinang.

Katanya, surat tunjuk minat oleh syarikat tersebut sudah di sampaikan kepada Pafa bagi tujuan perbincangan yang selanjutnya.

“Difahamkan perbincangan mengenai ini akan di adakan dalam tempoh terdekat.

“Setiausaha Pafa dan pemangku Presiden Pafa juga sudah maklum mengenai perkara ini” ujarnya.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI