fbpx

61,105 pekerja industri di Negeri Sembilan sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas PPV Pikas di D’Cattleya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan membantu pekerja industri yang hadir ke PPV berkenaan untuk menerima vaksin Covid-19 masing-masing, baru-baru ini. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Jangkitan Covid-19 di premis perindustrian di Negeri Sembilan telah menjadi semakin berkurangan yang disumbang di atas kejayaan mengvaksinkan hampir kesemua pekerja industri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, di samping itu, pematuhan kepada peraturan iaitu setiap pekerja yang memasuki premis perindustrian perlu disaring uji terlebih dahulu menerusi kaedah kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan telah berjaya mengurangkan jangkitan.

“Sebanyak 61,105 pekerja sektor industri di Negeri Sembilan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (Pikas) yang dibuka di negeri ini.

“Daripada jumlah pekerja tersebut sebanyak 53,961 orang telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Rafie, PPV Pikas d’Tempat Country Club, Sendayan yang beroperasi sejak 5 Julai lalu sehingga Ahad lalu telah memberi 41,106 suntikan dos pertama dan 38,546 suntikan dos kedua kepada pekerja industri di negeri ini.

“Manakala PPV Pikas D’Cattleya, Senawang yang mula beroperasi pada 2 Ogos pula telah memberi suntikan dos pertama kepada 19,999 pekerja dengan 15,415 tslah mendapat suntikan dos kes kedua setakat 5 petang semalam,” katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI