fbpx

30 ekor orangutan disahkan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 30 ekor orangutan dalam jagaan di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok serta Taman Hidupan Liar Lok Kawi sudah menjalani ujian saringan Covid-19.

KOTA KINABALU – Sebanyak 30 ekor orangutan dalam jagaan di Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok serta Taman Hidupan Liar Lok Kawi sudah menjalani ujian saringan Covid-19.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sebagai langkah menangani penularan Covid-19 ekoran jumlah kes harian di Sabah yang melonjak tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Penolong Pengarah dan Doktor Veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan berkata, terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan penjaga dan kakitangan membabitkan dua fasiliti yang menempatkan orangutan tawanan dan separa tawanan.

“Bagaimanapun, keputusan ujian saringan menunjukkan semua orang-utan di kedua-dua fasiliti negatif Covid-19. Hal ini membuktikan penjagaan ketat dilakukan kakitangan JHL Sabah ke atas semua orangutan yang berada dalam jagaan kita.

“Ujian saringan terbabit adaah bertujuan bagi memastikan orangutan yang terdapat di dua fasiliti berkenaan bebas jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga menyatakan pihaknya juga sudah mengarahkan pasukan veterinar untuk terus memantau semua orangutan dengan teliti sekiranya terdapat sebarang simptom dan gejala jangkitan Covid-19 dengan mengulangi ujian saringan secara berjadual.

“Ini kali pertama orangutan diuji menggunakan ujian saringan antigen Covid-19 di negara ini dan sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan kesihatan serta kesejahteraan orangutan diberi perawatan veterinar terbaik,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI