fbpx

292 kes kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 292 kes kematian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kematian terkini di Malaysia sebanyak 20,711 kes.

Berdasarkan laman web Covidnow, daripada jumlah tersebut, Sabah (84 kes), Selangor (45 kes), Kedah (36 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Kuala Lumpur (18 kes), Johor dan Pulau Pinang (masing-masing 16 kes), Kelantan (13 kes) dan Perak (11 kes).

“Selebihnya, Sarawak (sembilan kes), Pahang (tujuh kes), Terengganu (empat kes) serta Melaka dan Perlis (masing-masing dua kes).

“Dalam masa sama, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kes kematian Covid-19,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Selain itu, sebanyak 237,277 kes aktif dilaporkan terdiri daripada 197,233 kes dikuarantin di rumah dan 25,627 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 13,079 kes dirawat di hospital, 617 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan manakala, 721 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 19,198 kes harian negara direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 1,979,698 kes manakala, sebanyak 20,980 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,721,713 kes. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI