KUALA SELANGOR – Seorang wanita melecur di lengan kanan ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran memusnahkan rumahnya di Jalan Parit 3, Sungai Burung di sini, semalam.
Mangsa berusia lingkungan 50-an itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang oleh orang awam untuk tindakan lanjut.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 21 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Sekinchan serta Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.46 malam.
Katanya, pasukan tersebut yang tiba 12 minit kemudiannya mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung satu tingkat.
“Kerja pemadaman segera dilakukan dan kemusnahan rumah berkenaan dianggarkan sebanyak 60 peratus.
“Seorang wanita yang menghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba dengan mengalami kecederaan melecur di lengan kanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pihaknya pada pukul 8.09 malam dengan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929