fbpx

Wang simpanan RM11,400 lesap angkara ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Gara-gara didakwa memiliki hutang pendaftaran dan pemasangan internet, seorang pelajar berusia 21 tahun akhirnya mengalami kerugian RM11,400 selepas terpedaya dengan taktik macau scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula kira-kira pukul 1.34 petang semalam ketika mangsa berada di rumahnya di Bandar Indera Mahkota, di sini.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai Telekom dari Seremban, Negeri Sembilan mendakwa mangsa mempunyai hutang pendaftaran dan pemasangan Unifi pada 10 Jun lalu.

“Namun mangsa menafikan ada membuat langganan internet berkenaan sebelum dia diminta bercakap dengan individu lain yang mendakwa anggota polis dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Seremban,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selepas perbincangan, mangsa diminta pula bercakap dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Ridzuan untuk mendapatkan panduan mengenai cara membersihkan nama serta siasatan terhadap akaun banknya.

Beliau berkata, mangsa kemudian menyerahkan semua maklumat peribadi dan akaun bank miliknya kepada suspek sebelum panggilan tersebut terputus.

“Mangsa terus membuat semakan dua akaun bank miliknya dan mendapati wang simpanannya telah berkurang masing-masing sebanyak RM9,000 dan RM2,400 dan mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI