fbpx

Tiga minggu selesaikan isu buruh asing sektor perladangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Program Pemberian Bakul Makanan kepada Pekerja Gig Ekonomi dan Bekas Petugas Media di Putrajaya Sentral di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Isu kekurangan buruh asing bagi sektor perladangan akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu bagi mengelak industri kelapa sawit negara berdepan masalah lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu berkenaan sudah dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu, malah turut mendapat perhatian serius Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagi tempoh jangka pendek ini, usaha akan dilakukan bagi mendapatkan buruh asing yang sedia ada dalam negara. Kerajaan pada April lalu sudah meluluskan kaedah pengambilan buruh asing bagi mengisi kekurangan itu menerusi buruh asing secara terus dari luar negara dan buruh asing sedia ada di dalam negara.

“Bagaimana, penyertaan buruh asing sedia ada di dalam negara tidak mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Program Pemberian Bakul Makanan kepada pekerja gig-ekonomi dan bekas petugas media sumbangan MyCar di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga merancang untuk mempermudahkan syarat dan kaedah pengambilan buruh asing bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Mustapa berkata, beliau difahamkan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd (FGV) bakal berdepan kerugian RM3.2 bilion setahun jika isu buruh asing ini tidak diselesaikan, dengan Felda memerlukan kira-kira 5,000 buruh asing, manakala FGV pula 10,000 buruh asing.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memanggil dua syarikat besar ini esok bagi membincangkan isu kekurangan buruh asing ini,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI