fbpx

Sindiket pelacuran WeChat tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelacur aplikasi WeChat yang ditahan polis

KLANG – Kegiatan satu sindiket pensundalan menggunakan aplikasi WeChat tumpas dengan penahanan lapan wanita warga asing di sebuah apartmen di Jalan Batu Nilam 16 di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis itu. Kesemua yang ditahan berusia 32 hingga 67 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kegiatan tersebut telah beroperasi sejak sebulan lalu dengan segala tempahan dilakukan menerusi WeChat.

Katanya, kesemua warga asing dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Bayaran dikenakan sindiket ini adalah antara RM200 bagi sekali perkhidmatan dengan penjaga tiada menerima gaji bulanan sebanyak RM1800

“Kita turut merampas barangan termasuk 13 keping kondom, sehelai jadual kerja, sebotol minyak pelincir dan minyak urut serta wang tunai RM183,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menjelaskan suspek lelaki itu direman selama tiga hari manakala lapan pelacur warga asing itu direman 14 hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seskyen 55B, 39(b) dan 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Shamsul Amar memberitahu, pihaknya turut menahan 9 lelaki kerana memiliki dadah dan masing-masing seorang atas kesalahan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan dan memiliki kenderaan curi.

Tambah beliau, kesemua mereka berusia 30 hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bermula pukul 10 malam semalam sehingga 4 pagi tadi.

“Kita turut merampas lima peket dadah selain masing-masing sebuah motosikal, speaker dan mikrophone.

“Polis juga mengeluarkan 19 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik hasil pemeriksaan terhadap
149 buah kenderaan dan 189 individu sepanjang operasi bersepadu itu,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI