fbpx

Sekolah di kawasan ‘travel bubble’ akan dibuka mengikut Fasa 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sesi persekolahan bagi negeri atau kawasan yang terlibat dengan program ‘travel bubble’ (gelembung pelancongan) akan mengikut sesi pembukaan sekolah mengikut Fasa 4.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pembukaan semua sektor ekonomi dan pelancongan di negeri terbabit.

“Semua sektor lain di negeri atau kawasan ‘travel bubble’ ini sudah dibuka, jadi sekolah dan institusi pendidikan juga akan dibuka mengikut ketetapan Fasa 4.

“Sebagai contoh di Langkawi, sekolah-sekolah di negeri itu akan dibuka mengikut sekolah-sekolah di Fasa 4,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI