fbpx

Populariti bukan keutamaan Fatiha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR FATIHA kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka di Tanjung Malim, Perak.

MENERIMA jolokan sebagai Instafamous di laman sosial media Instagram bukanlah satu pengiktirafan yang mudah, sebaliknya menuntut seseorang itu agar le­bih peka dan berhati-hati dalam memuat naik sesuatu hantaran.

Jika hantaran itu bersifat negatif, kesannya mungkin menyebabkan Instafamous berkenaan dikecam netizen, namun jika ia berunsur positif, individu terbabit pasti akan disanjung dan menjadi model ikutan rakyat.

Susulan itu, Gadis Pesona Ahad, Noor Fatiha Mazlan, 24, menyifatkan individu bergelar Instafamous perlu menampilkan perwatakan menarik dan bukannya bersandarkan kepada rupa paras semata-mata untuk menjadi popular.

Anak kelahiran Klang, Sela­ngor itu juga mahu mana-mana Instafamous memainkan tanggungjawab masing-masing untuk terus membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat berkaitan Covid-19, sekali gus mendidik orang ramai untuk kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Aktiviti bermotosikal jadi terapi minda buat Noor Fatiha.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, penjawat awam yang kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Terbuka Tanjung Malim berkongsi pandangan dan kisah tentang kehidupannya.

KOSMO! AHAD: Adakah memiliki rupa paras cantik antara ciri untuk menjadi seorang Insta­famous?
FATIHA: Bagi saya, rupa paras tidak penting, apa yang disampaikan seseorang itu di laman sosial media adalah perkara yang menjadi keutamaan.

Selain rupa paras menarik, apakah ciri lain yang membuat seseorang mempunyai pengikut yang ramai?
Perwatakan yang sederhana dan menarik antara ciri utama kerana pengguna media sosial akan mudah tertarik dengan orang yang ceria.

Perlukan seseorang Instafamous berkongsi hantaran positif bagi membantu orang ramai?
Ia merupakan satu keperluan memandangkan seseorang yang bergelar Instafamous sentiasa menjadi rujukan. Jadi, setiap apa yang dimuat naik perlu dijaga.

Negara berdepan ancaman Covid-19 ketika itu, apa peranan Instafamous bagi membantu kerajaan dalam aspek tanggungjawab sosial?
Bagi saya, bukan sahaja Instafamous perlu membantu kerajaan dengan hantaran mendidik orang awam, tetapi rakyat juga perlu sentiasa patuhi SOP.

Boleh kongsikan tips penjagaan diri memandangkan Fatiha sentiasa kelihatan cantik dan bergaya?
Tips penjagaan diri bergantung kepada setiap individu, apa yang membuatkan gambar saya cantik ialah kerana latar belakang dan pencahayaan yang sempurna ketika merakam gambar.

Bagaimana dengan rutin makanan, ada diet tertentu yang diamalkan?
Saya sejenis yang suka makan apa sahaja di depan mata, apa yang penting lebihkan sayur dan buah-buahan.

Fatiha mempunyai rambut yang cantik, boleh kongsikan amalan penjagaan?
Semua wanita idamkan rambut cantik dan sihat seperti orang lain, saya cuma amalkan rutin asas selain ke salon sebulan sekali.

Difahamkan Fatiha mem­punyai hobi menunggang motosikal, mengapa memilih aktiviti ini?
Setiap orang mempunyai hobi tersendiri, bagi saya menunggang motosikal bersama kawan-kawan merupakan terapi untuk merehatkan minda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI