fbpx

Pesawah degil dikesan curi air, mulakan tanaman awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaiful Ahmad menunjukkan keadaan petak sawahnya dalam keadaan kering kerana tidak menerima bekalan air.

PARIT BUNTAR – Tindakan segelintir pesawah yang mencuri air dari terusan Tali Air (TA) 74 serta memulakan musim penanaman padi tidak mengikut jadual menyebabkan pesawah di Parit Abas dan Parit Mat Ali tidak dapat memulakan tanaman padi mereka apabila bekalan air yang melalui terusan itu tidak sampai ke petak sawah mereka.

Lebih membimbangkan apabila jadual pengairan untuk penanaman padi di kawasan TA 74R2 dan TA74L2 serta beberapa lagi kawasan berhampiran sejak seminggu lalu tidak mencukupi lantas menimbulkan masalah pada pesawah.

Wakil pesawah, Shaiful Ahmad, 37, berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun ianya bukanlah berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyalurkan air untuk kegunaan pesawah.

“JPS sudah menyalurkan air yang cukup melalui TA74, namun bekalan air yang dijadualkan pada 7 dan 9 September lalu tidak diterima di kawasan Parit Abas dan Parit Mat Ali, malah air yang masuk ke palong tidak sampai 0.5 meter.

“Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana sudah lewat dari jadual yang ditetapkan dan berharap pihak berkaitan dapat mencari jalan penyelesaian segera , “katanya ketika ditemui di Kampung Parit Mat Ali Kuala Kurau dekat sini.

Masalah itu juga telah diadu pada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau untuk tindakan.

Difahamkan, pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pihak JPS mendapati ada segelintir pesawah bertindak membuka pintu air untuk memulakan musim penanaman padi lebih awal berbanding jadual asal yang ditetapkan iaitu pada 16 September ini.

Tinjauan lanjut juga mendapati ada dalam kalangan pesawah telah mula menabur padi manakala beberapa pintu air dirosakkan.

Sementara itu, Abdul Yunus ditemui berkata, pihaknya bersama pusat khidmat bertindak turun padang membuat tinjauan di TA74 bagi melihat untuk mengetahui perkara yang berlaku.

“Setelah membuat tinjauan dan berjumpa pesawah disini berhubung masalah yang dihadapi, saya akan berjumpa dengan pihak JPS dan akan membincangkan langkah penyelesaian sesuai termasuk cadangan membuat penyelarasan semula bagi menyalurkan bekalan air di sini,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI