fbpx

Perhilitan Melaka siasat dakwaan kemunculan harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Harimau Kumbang menangkap seekor ayam

MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka menghantar pasukan untuk menyiasat dakwaan kemunculan harimau kumbang di Kampung Seberang Gajah, Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Satu klip video berkaitan kejadian tersebut turut tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa haiwan itu muncul ketika penduduk kampung mencari ayam hutan di kawasan berkenaan.

Video yang dikongsi tular di media sosial

Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, sepasukan empat pegawai telah dihantar ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai klip tular terbabit daripada pengguna Facebook kira-kira pukul 2.50 petang tadi.

“Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada individu yang memuat naik klip tersebut dan telah menghantar sepasukan pegawai ke lokasi untuk membuat pemantauan.

“Setakat ini kita masih belum dapat memastikan lagi sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di negeri ini atau klip tersebut ditularkan tanpa maklumat yang tepat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku di negeri lain.

“Sebelum ini pernah berlaku kes tular di laman sosial berkenaan kemunculan harimau kumbang di negeri ini, namun apabila disiasat ia sebenarnya berlaku di Negeri Sembilan.

“Jadi, kami berharap maklumat-maklumat seperti kejadian ini disalurkan terus kepada pihak perhilitan untuk tindakan lanjut, bukannya dimuat naik di laman sosial sehingga tular dan mencetuskan kebimbangan penduduk setempat,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI